WFL FC Ungguli Kategori Bawah 14 & 16 Tahun PYFCT 2026 Bintulu
BINTULU: WFL FC muncul juara bagi kategori Bawah 14 Tahun (U14) dan Bawah 16 Tahun (U16) pada PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) 2026 Edisi Bintulu yang berakhir di Padang Bola Sepak Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) pada Sabtu.
Dalam kategori U14, WFL FC muncul juara, diikuti Black Owl Soccer Academy di tempat kedua manakala Kelab Bola Sepak Armin menduduki tempat ketiga.
Bagi kategori U16 pula, WFL FC turut mengungguli kejohanan, diikuti Kelab Bola Sepak Armin U16 di tempat kedua dan Miri U16 di tempat ketiga.
Kejohanan yang bermula pada 17 Oktober lalu itu menghimpunkan pasukan-pasukan belia bagi merebut peluang melayakkan diri ke PETRONAS Youth Football Champions League 2026 di Kuching.
Dua pasukan terbaik bagi setiap kategori U14 dan U16 akan memperoleh tiket ke pertandingan berkenaan yang dijadual berlangsung dari 7 hingga 13 Disember ini.
Sementara itu, Federer Darydenco Saging Raymond dari WFL FC U14 dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak kategori U14 selepas berjaya menjaringkan 13 gol.
Bagi kategori U16, Rhys Rusell Gau dari Miri U14 meraih anugerah Penjaring Terbanyak dengan sembilan gol.
Anugerah Fair Play bagi kategori U14 diberikan kepada WFL FC U14, manakala WFL FC U16 menerima pengiktirafan sama bagi kategori U16.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan. -EDISI UKAS