Mufti Sarawak, Sabah Kongsi Pandangan Ehwal Islam Dalam Forum Di Lawas
LAWAS: Perkongsian dua tokoh agama dari Sarawak dan Sabah menjadi tumpuan Forum Ehwal Islam sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Zon Utara di Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin, Kampung Dato, pada Ahad.
Forum bertemakan Ummah Bermaruah, Ummah Bermartabat itu menampilkan Mufti Sarawak, Datu Khaidi Rahmat dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datu Dr Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar sebagai panel.
Penganjuran forum itu memberi peluang kepada masyarakat setempat mengikuti perkongsian dan perbincangan berkaitan ehwal Islam menerusi pandangan serta pengalaman kedua-dua tokoh agama berkenaan.
Program anjuran Majlis Islam Sarawak itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Forum berkenaan merupakan antara pengisian Program Ziarah Mahabbah Zon Utara yang bertujuan mendekatkan institusi Islam dengan masyarakat menerusi aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. -EDISI UKAS