Mix FT Juara Pertandingan Bola Sepak Wanita Piala Dato’ Sri Roland Sagah
SERIAN: Pasukan Mix FT muncul juara Pertandingan Bola Sepak Wanita Piala Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn selepas menewaskan pencabar lain dalam kejohanan yang berlangsung di Kampung Rayang, Serian.
Kejayaan itu membolehkan Mix FT membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala, pingat dan Piala Pusingan.
Tempat kedua menjadi milik BB Ladies yang menerima hadiah wang tunai RM1,200, piala dan pingat, manakala MKGT menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang RM800 berserta piala dan pingat.
Majlis penangguhan pertandingan tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn di Dewan Serbaguna Kampung Rayang, di sini, pada Ahad.
Pada majlis sama, beliau turut merasmikan dua projek pembangunan yang telah siap dilaksanakan di Kampung Rayang.
Dua projek berkenaan ialah Projek Naik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Rayang yang melibatkan pembinaan bilik operasi dan tandas serta Projek Naik Taraf Saliran (Monsoon Drain) Kampung Rayang.
Dato Sri Roland turut meluluskan peruntukan RM50,000 bagi pemasangan dua unit kipas gergasi di dewan serbaguna dengan kerja-kerja pemasangan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat. -EDISI UKAS