Biro Wanita Kampung Serayan Hilir Tonggak Perpaduan Dan Pembangunan Komuniti
LUNDU: Golongan wanita memainkan peranan penting sebagai penggerak aktiviti kemasyarakatan dan pemangkin perpaduan dalam membentuk komuniti yang harmoni serta progresif.
Billy Sujang berkata, wanita bukan sahaja menjadi nadi sesebuah keluarga, malah turut berperanan sebagai tulang belakang dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung.
Menurutnya, komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli Biro Wanita membuktikan kepentingan penglibatan aktif golongan tersebut dalam memperkukuh perpaduan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi Biro Wanita Kampung Serayan Hilir 2026 bersama isterinya di Retreat Siar Beach Resort, Lundu pada Ahad.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli Biro Wanita agar terus memupuk semangat kebersamaan serta mengelakkan sebarang bentuk perpecahan yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti. -EDISI UKAS