Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Sungai Tuah Terima Sumbangan
KANOWIT: Mangsa kebakaran Rumah Panjang Tuai Rumah Seliau Tau di Sungai Tuah menerima sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka susulan kejadian kebakaran yang berlaku pada Isnin.
Sumbangan tersebut merangkumi bantuan peribadi sebanyak RM7,000 daripada Anyi Jana, iaitu RM2,000 dalam bentuk barangan makanan dan RM5,000 wang tunai.
Turut menyumbang ialah pihak Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Ngemah sebanyak RM2,000 bagi membantu memenuhi keperluan keluarga yang terjejas.
Kebakaran yang berlaku kira-kira 1.30 pagi itu memusnahkan rumah panjang berkenaan yang menempatkan 99 penghuni daripada 24 Ketua Isi Rumah (KIR).
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sekitar 4 pagi.-EDISI UKAS