Pertandingan Sukan Bentuk Disiplin Diri, Semangat Berpasukan
MERADONG: Pertandingan sukan bukan sekadar untuk menentukan kemenangan atau kekalahan, sebaliknya ia medium penting dalam membentuk disiplin diri, semangat berpasukan, kerjasama serta sikap saling menghormati antara satu sama lain.
Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, melalui penganjuran pertandingan, golongan belia berpeluang mengembangkan bakat dan potensi diri, di samping mengeratkan hubungan persahabatan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau, kemenangan bukanlah perkara utama, sebaliknya pengalaman, persahabatan dan semangat kesukanan yang dibina sepanjang pertandingan lebih bermakna.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Futsal Sukan Kasus SABERKAS 2026 di sini pada Sabtu yang menarik penyertaan daripada 16 pasukan Daerah Meradong, Semop, Belawai, Dalat, Debak, Sarikei, Pakan Dan Julau.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Belia Pekan Bintangor atas inisiatif menganjurkan pertandingan futsal ini yang menjadi salah satu platform untuk menggalakkan
Turut hadir ialah Encik Iqmal Khaizal, Pengerusi Kelab Belia Pekan Bintangor; Encik Ley Chee Hua, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong; serta Encik Abang Husen, Setiausaha Program SABERKAS Cawangan Meradong.
Datuk Ding juga berharap agar pihak penganjur dapat meneruskan penganjuran program seumpama ini pada masa akan datang bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat, positif dan bermanfaat.
Pada akhir ucapannya, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding serta berharap agar pertandingan tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. - EDISI UKAS