MERADONG: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing, meneruskan usaha mendekati masyarakat menerusi program 'Mobile Service To U' yang diadakan baru-baru ini di Perumahan Cina Sungai Petai bagi mendengar sendiri permasalahan dan keperluan penduduk setempat.
Program itu memberi peluang kepada penduduk menyampaikan aduan, permohonan, pandangan serta cadangan secara langsung, sekali gus membolehkan pelbagai isu dikenal pasti untuk diselaraskan dan dibawa kepada perhatian pihak serta agensi berkaitan bagi tindakan lanjut.
Datuk Ding menegaskan bahawa pendekatan turun padang dan kesediaan mendengar suara rakyat amat penting dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan masyarakat terus diberi perhatian.
Beliau turut komited untuk terus mendekati masyarakat dan mengusahakan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan demi kepentingan penduduk serta pembangunan berterusan kawasan Meradong.-EDISI UKAS