SEBUYAU: Seramai 300 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai Program RUN 5KM Sebuyau yang diadakan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Acara pelepasan larian disempurnakan Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang, yang turut menyaksikan penyertaan masyarakat setempat dalam program berkenaan.
Sebelum memulakan larian sejauh lima kilometer, peserta mengikuti sesi senamrobik yang dikendalikan oleh The Sisters sebagai persediaan fizikal.
Selepas menamatkan larian, 20 peserta terawal menerima medal yang disampaikan oleh Ayuradiman sebagai penghargaan atas pencapaian masing-masing.
Program itu turut memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menyertai aktiviti kecergasan secara bersama, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal. -EDISI UKAS