TPM Hadiri Kuliah Subuh Bersama Jemaah Masjid At-Taqwa
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, menyertai jemaah Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa menunaikan solat Subuh berjemaah sebelum mengikuti kuliah agama yang disampaikan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid, di sini pada Ahad.
Kehadiran beliau pada program itu turut memberi peluang kepada jemaah setempat mengikuti pengisian ilmu agama secara langsung daripada pendakwah berkenaan.
Kuliah Subuh tersebut menghimpunkan masyarakat setempat dalam pengisian keagamaan yang memberi penekanan kepada pendalaman ilmu serta penghayatan ajaran Islam.
Program seumpama itu turut menjadi antara pengisian aktiviti masjid dalam menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mengikuti pengajian agama secara berjemaah. -EDISI UKAS