Anak Seni Creation Juara Kategori Kumpulan Tari FTLA Ke-36
KUCHING: Anak Seni Creation muncul juara kategori Kumpulan Tari pada pertandingan akhir Festival Tari & Lagu Melayu Asli (FTLA) Ke-36 yang berlangsung di Hikmah Exchange Centre, pada Ahad, sempena Borneo Indigenous Festival (BIF) 2026.
Majestic Shades Dancer meraih tempat kedua, manakala Santri D’Wangsa Putra UPMS menduduki tempat ketiga.
Malam kemuncak FTLA Ke-36 menyaksikan persaingan sengit menerusi persembahan tarian dan nyanyian yang mengetengahkan bakat, kreativiti serta komitmen peserta dalam mengangkat seni tari dan lagu Melayu Asli.
Penganjuran festival itu turut menjadi platform kepada penggiat seni dan peserta untuk mempersembahkan keupayaan masing-masing, selain menyokong usaha memelihara serta memartabatkan seni budaya berkenaan.-EDISI UKAS