GEMA@KKDW Perluas Akses Digital Masyarakat Luar Bandar
SUNGAI ASAP: Program GEMA@KKDW dan Jelajah Digital menjadi platform untuk memperluas akses teknologi serta meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat luar bandar, khususnya komuniti pedalaman Sungai Asap.
Program anjuran bersama Pejabat KEMAS dan Kementerian Digital itu berlangsung di Dewan Lamin Adet Bangen Kimet, Uma Baha, Apau Koyan, baru-baru ini dengan kehadiran kira-kira 200 peserta.
Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Michael Mujah Lihan yang mewakili Timbalan Menteri Digital Malaysia, Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Antara pengisian program termasuk Digital Fun Run, pameran agensi kerajaan, Jualan Rahmah serta sesi perkongsian bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan MyDIGITAL.
Penganjuran program itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, selain memastikan masyarakat pedalaman turut mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi serta peluang ekonomi digital.-EDISI UKAS