MAKSAK Wanita Sarawak Sumbang RM10,000 Kepada Hospital Serian
SERIAN: MAKSAK Wanita Sarawak menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Hospital Serian menerusi inisiatif MAKSAK Cares bagi membantu memenuhi keperluan kemudahan hospital.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Dato Baduyah Bujang kepada Pengarah Hospital Serian, Dr Maria Mesran sempena Program Sarawak Ku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Serian di sini pada Jumaat.
Turut hadir menyaksikan penyerahan iaitu Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Inisiatif MAKSAK Cares merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan organisasi itu untuk menyantuni golongan memerlukan, khususnya pesara kerajaan yang kurang berkemampuan, selain membantu meningkatkan kemudahan sokongan di hospital.
Dana khas tersebut akan digunakan bagi pembelian peralatan bukan perubatan yang dapat membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pesakit serta kakitangan hospital.
Turut hadir ialah Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Serian, Sulia Rimop.-EDISI UKAS