Geran RM10,000 Perkukuh Aktiviti Persatuan Tuai Rumah Meradong
MERADONG: Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong menerima geran RM10,000 daripada Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) bagi menyokong pelaksanaan aktiviti persatuan serta memperkukuh hubungan dalam kalangan masyarakat rumah panjang.
Geran berkenaan disampaikan oleh Datuk Ding Kuong Hiing dalam sesi dialog bersama ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong di Pejabat Khidmat Rakyat Meradong, pada Jumaat.
Sesi dialog itu turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan mengenai isu, cabaran dan keperluan masyarakat rumah panjang di Daerah Meradong, selain memperkukuh komunikasi serta kerjasama antara kepimpinan dan para Tuai Rumah.
Pendekatan dialog secara terbuka itu penting bagi memastikan hubungan dengan pemimpin masyarakat terus diperkukuh, sekali gus menyokong usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan komuniti di peringkat akar umbi.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong Kichu Ajan.-EDISI UKAS