Malam Apresiasi JKKKP dan PPKP Pichin Hargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
PICHIN: Sumbangan dan komitmen pemimpin masyarakat dalam menyokong pembangunan serta menjaga kebajikan penduduk Kampung Pichin terus dihargai menerusi Malam Apresiasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) serta Pertubuhan Penduduk Kampung Pichin (PPKP) 2026, pada Sabtu.
Majlis berkenaan menjadi platform mengiktiraf jasa Ketua Zon, Ketua Biro dan ahli Exco yang memainkan peranan dalam menyelaras keperluan penduduk serta menyokong pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di kampung berkenaan.
Antara projek yang telah dilaksanakan termasuk pembinaan Jalan Tani Siluang/kidadum berturap bernilai RM400,000, projek Sungai Tengun (RM200,000), Jambatan Ikonik Pichin (RM160,000), Jalan Tani Danu Terup (RM150,000), tembok penahan Gereja (RM100,000), bangunan Sekolah Minggu (RM190,000) serta pembinaan parit di kawasan Karang (RM150,000).
Pembangunan berkenaan turut meliputi kemudahan bekalan elektrik, air bersih, jalan raya, rumah ibadat, dewan, balai raya dan sekolah, selain usaha meningkatkan perhatian terhadap sektor pendidikan bagi memberi manfaat kepada generasi muda.
Kerjasama berterusan antara pemimpin masyarakat dan penduduk diharap dapat memastikan keperluan kampung dikenal pasti serta pembangunan yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan bersama, sekali gus memperkukuh kesejahteraan komuniti Kampung Pichin.-EDISI UKAS