KUCHING: Seramai 11 muka baharu atau 14 peratus daripada keseluruhan 82 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketengahkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Senarai lengkap calon bagi kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diumumkan oleh Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, pada Rabu.
Senarai berkenaan menampilkan gabungan muka baharu dan pemimpin berpengalaman dalam barisan calon GPS bagi pilihan raya negeri kali ini.
Datuk Patinggi Abang Zohari pula akan mempertahankan kerusi DUN Gedong, manakala ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak, iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian masing-masing akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Saban, Bukit Sari dan Batu Kawah.
Antara 11 muka baharu yang diketengahkan ialah Wung Duk Ing (Padungan), Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim (Muara Tuang), Yussuf Chik (Simunjan), Awg Nashfarini Awg Sarbini (Beting Maro), Leonard Libau Anol (Simanggang) dan Nor-E-Fadzwie Salleh (Kabong).
Turut disenaraikan ialah Alexander Donald (Ngemah), Kevin Lau Kor Jie (Bawang Assan), Cerisologo Sabut (Pelagus), Nurfatin Syafawani Tahamat (Bekenu) dan Datu Jack Liam (Batu Danau).
Pengumuman senarai calon berkenaan dibuat tiga hari menjelang hari penamaan calon yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 November ini.
Pengundian awal pula dijadualkan pada 8 Disember, manakala hari mengundi ditetapkan pada 12 Disember 2026.
Berikut merupakan senarai lengkap calon GPS bagi PRN Sarawak Ke-13:
Senarai Lengkap Calon GPS PRN Sarawak Ke-13
DUN Nama Calon
N.01 Opar- Encik Billy anak Sujang
N.02 Tasik Biru- Datuk Henry @ Harry anak Jinep
N.03 Tanjung Datu- Encik Azizul Annuar bin Pehin Sri Haji Adenan
N.04 Pantai Damai- Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Junaidi
N.05 Demak Laut- Datuk Dr Haji Hazland bin Abg Hipni
N.06 Tupong- Dato Fazzrudin bin Abdul Rahman
N.07 Samariang- Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali
N.08 Satok- Datuk Ibrahim bin Baki
N.09 Padungan- Encik Wung Duk Ing
N.10 Pending- Dato Wee Hong Seng
N.11 Batu Lintang- Encik See Chee How
N.12 Kota Sentosa- Encik Yap Yau Sin
N.13 Batu Kitang- Dato Ir Lo Khere Chiang
N.14 Batu Kawa- Datuk Amar Dr Sim Kui Hian
N.15 Asajaya- Dato Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah
N.16 Muara Tuang- Puan Dr Dayang Nurfizawati binti Abang Abdul Karim
N.17 Stakan- Datuk Hamzah bin Haji Brahim
N.18 Serembu- Dato Miro anak Simuh
N.19 Mambong- Datuk Dr Jerip anak Susil
N.20 Tarat- Dato Sri Roland Sagah Wee Inn
N.21 Tebedu- Dr Simon Sinang @ Sinang anak Bada
N.22 Kedup- Datuk Maclaine Ben @ Martin Ben
N.23 Bukit Semuja- Encik John anak Ilus
N.24 Sadong Jaya- Datuk Ir Aidel bin Lariwoo
N.25 Simunjan- Encik Yussuf bin Chik
N.26 Gedong- YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg
N.27 Sebuyau- Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi
N.28 Lingga- Puan Dayang Noorazah binti Awang Sohor
N.29 Beting Maro- Encik Awg Nashfarini bin Awg Sarbini
N.30 Balai Ringin- Datuk Snowdan Lawan
N.31 Bukit Begunan- Datuk Mong anak Dagang
N.32 Simanggang- Encik Leonard Libau anak Anol
N.33 Engkilili- Encik Johnical Rayong anak Ngipa
N.34 Batang Ai- Datuk Dr Malcolm Mussen anak Lamoh
N.35 Saribas- Datuk Dr Ricky @ Mohammad Razi bin Sitam
N.36 Layar- Datuk Gerald Rentap Jabu
N.37 Bukit Saban- Datuk Amar Douglas Uggah anak Embas
N.38 Kalaka - Tuan Haji Mohamad bin Duri
N.39 Krian- Dato Friday anak Belik
N.40 Kabong- Encik Nor-E-Fadzwie bin Salleh
N.41 Kuala Rajang- Datuk Haji Talif @ Len bin Salleh
N.42 Semop- Datuk Abdullah bin Haji Saidol
N.43 Daro- Dr Haji Safiee bin Haji Ahmad
N.44 Jemoreng- Datuk Dr Juanda bin Jaya
N.45 Repok- Dato’ Sri Huang Tiong Sii
N.46 Meradong- Datuk Ding Kuong Hiing
N.47 Pakan- Tan Sri William anak Ikom
N.48 Meluan- Dato Rolland Duat anak Jubin
N.49 Ngemah- Encik Alexander Donald
N.50 Machan- Encik Allan Siden Gramong
N.51 Bukit Assek- Encik Chieng Jin Ek
N.52 Dudong- Dato Sri Tiong King Sing
N.53 Bawang Assan- Encik Kevin Lau Kor Jie
N.54 Pelawan- Datuk Michael Tiang Ming Tee
N.55 Nangka- Datuk Dr Annuar bin Rapa’ee
N.56 Dalat- Dato Sri Hajah Fatimah binti Abdullah @ Ting Sai Ming
N.57 Tellian- Encik Royston bin Valentine
N.58 Balingian- Encik Abdul Yakub bin Arbi
N.59 Tamin- Encik Ir Christopher Gira anak Sambang
N.60 Kakus- Dato Sri John Sikie anak Tayai
N.61 Pelagus- Encik Cerisologo anak Sabut
N.62 Katibas- Encik Lidam anak Assan
N.63 Bukit Goram- Datuk Jefferson Jamit anak Unyat
N.64 Baleh- Encik Nicholas Kudi anak Jantai Masing
N.65 Belaga- Datuk Liwan Lagang
N.66 Murum- Encik Kennedy Chukpai Ugon
N.67 Jepak- Encik Iskandar bin Turkee
N.68 Tanjong Batu- Encik Johnny Pang Leong Ming
N.69 Kemena- Dato Sri Dr Stephen Rundi anak Utom
N.70 Samalaju- Datuk Majang anak Renggi
N.71 Bekenu- Puan Nurfatin Syafawani binti Tahamat
N.72 Lambir- Datuk Dr Ripin bin Lamat
N.73 Piasau- Datuk Sebastian Ting Chiew Yew
N.74 Pujut- Encik Adam Yii Siew Sang
N.75 Senadin- Dato Sri Lee Kim Shin
N.76 Marudi- Datuk Dr Penguang anak Manggil
N.77 Telang Usan- Dato Dennis Ngau
N.78 Mulu- Datuk Gerawat Gala
N.79 Bukit Kota- Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail
N.80 Batu Danau- Datu Jack anak Liam
N.81 Ba’kelalan- Encik Baru Bian
N.82 Bukit Sari- Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan
Senarai 11 Calon Muka Baharu GPS
Bil. DUN Nama Calon Muka Baharu
1 N.09 Padungan- Wung Duk Ing
2 N.16 Muara Tuang- Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim
3 N.25 Simunjan- Yussuf Chik
4 N.29 Beting Maro- Awg Nashfarini Awg Sarbini
5 N.32 Simanggang- Leonard Libau Anol
6 N.40 Kabong- Nor-E-Fadzwie Salleh
7 N.49 Ngemah- Alexander Donald
8 N.53 Bawang Assan- Kevin Lau Kor Jie
9 N.61 Pelagus- Cerisologo Sabut
10 N.71 Bekenu- Nurfatin Syafawani Tahamat
11 N.80 Batu Danau- Datu Jack Liam