Lima institusi di Marudi terima sumbangan CSR Jabatan Tanah dan Survei
MIRI: Lima institusi di Marudi termasuk sebuah sekolah, tiga rumah ibadat dan sebuah badan kebajikan menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) pada Rabu.
Penerima sumbangan itu ialah Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, Masjid As-Salam Marudi, Gereja St. Thomas di Kuala Tutoh, Masjid Nurul Iman di Kampung Benawa dan Marudi Chinese Charitable Trust Board.
Pemangku Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Miri, Mickcy Mandang Morgan, mempengerusikan majlis penyerahan cek secara simbolik di Wisma Pelita Tunku pada Rabu.
Sumbangan kali ini melibatkan syarikat Magna Focus Sdn Bhd.
Mickcy Mandang berkata, pemilihan penerima dibuat secara bergilir setiap tahun supaya lebih banyak komuniti yang terjejas oleh aktiviti perlombongan di Sarawak dapat menerima manfaat daripada tabung itu.
JTS mula mengutip dana bagi Tabung Dana Amanah CSR pada 1 Januari 2021 menerusi inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).
Turut hadir wakil Pejabat Residen Bahagian Miri, Philip Abeng Matthew Nyalipan, Guru Besar SK Dato Sharif Hamid, Jafarin Mohamad Majidi, serta wakil Magna Focus Sdn Bhd, Zaini Junai. - EDISI UKAS