Jambatan Baharu Tingkatkan Akses Ke Gereja St. Theresa Serian
SERIAN: Projek pembinaan jambatan konkrit baharu bernilai RM850,000 di kawasan Gereja St. Theresa, Serian kini siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselamatan dan memudahkan akses umat Kristian serta masyarakat setempat ke gereja berkenaan.
Projek di bawah Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) itu diserahkan secara rasmi menerusi Majlis Penyerahan Projek Siap di sini pada Jumaat.
Pembinaan jambatan baharu itu amat bermakna dalam menangani masalah akses yang dihadapi pengguna sebelum ini, khususnya ketika musim banjir.
Jambatan konkrit baharu yang mempunyai dua lorong bagi laluan masuk dan keluar itu bukan sahaja meningkatkan aspek keselamatan, malah melancarkan pergerakan kenderaan.
Kedudukan jambatan yang lebih tinggi turut memudahkan orang ramai mengunjungi gereja, selain melancarkan urusan pengangkutan bahan binaan dan barangan berat.
Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri calon GPS DUN Bukit Semuja John Ilus dan Pegawai Tadbir Khas GKCDA, Datuk Ik Pahon Joyik. EDISI UKAS