Murid Tahun Enam Diseru Terus Menimba Ilmu, Berani Mengejar Impian
MIRI: Murid Tahun Enam yang bakal menamatkan persekolahan rendah diseru agar terus memupuk semangat ingin tahu, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat serta berani mengejar impian ketika melangkah ke alam persekolahan menengah.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tamatnya persekolahan rendah bukanlah pengakhiran perjalanan menuntut ilmu, sebaliknya permulaan kepada fasa pendidikan baharu yang menawarkan pelbagai peluang, cabaran dan pengalaman.
“Sepanjang enam tahun di sekolah rendah, murid-murid telah menimba ilmu, mengembangkan kebolehan, membina persahabatan serta membentuk jati diri melalui bimbingan guru-guru.
“Kejayaan seseorang bukan sahaja diukur melalui ilmu dan pencapaian akademik, tetapi juga melalui keperibadian, nilai murni, sikap menghargai jasa orang lain serta kesediaan untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Ke-80 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Lutong, di sini pada Jumaat.
Beliau dalam pada itu menegaskan kepada murid supaya menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai amalan, khususnya dalam mendepani perkembangan teknologi yang pesat termasuk kecerdasan buatan (AI).
Katanya, mereka tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada ilmu dalam buku teks, sebaliknya perlu membudayakan sikap berani bertanya, rajin meneroka serta sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu agar mampu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Dato Sri Lee turut menegaskan komitmennya untuk terus memberikan perhatian dan sokongan terhadap pembangunan SJKC Chung Hua Lutong, termasuk bekerjasama dengan semua pihak dalam menyediakan kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, Pengerusi Lembaga