Datuk Amar Awang Tengah Berarak Ke Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Sari
LAWAS: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.82 Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Daerah Lawas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, pada Sabtu.
Timbalan Premier Sarawak yang hadir bersama para penyokong bagi mengemukakan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Bagi PRN Sarawak Ke-13, SPR menetapkan 12 Disember 2026 sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 8 Disember 2026.
PRN kali ini melibatkan 82 kerusi DUN dengan tempoh berkempen selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan rasmi calon yang bertanding hari ini.
Pada PRN Sarawak Ke-12 yang berlangsung pada 18 Disember 2021, Datuk Amar Awang Tengah memenangi kerusi DUN Bukit Sari dengan memperoleh 6,385 undi, mencatatkan majoriti sebanyak 5,636 undi dalam pertandingan tiga penjuru.-EDISI UKAS