Dato Miro Simuh Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Serembu
BAU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Serembu, Dato Miro Simuh tiba di pusat penamaan calon pada Sabtu bagi mengemukakan borang pencalonan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Penyandang kerusi DUN Serembu itu hadir di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku bagi melengkapkan proses pencalonan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tumpuan kini terarah kepada proses penyerahan borang pencalonan sebelum senarai rasmi calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Hari penamaan calon hari ini menandakan bermulanya proses pencalonan bagi PRN Sarawak Ke-13 dengan hari pengundian dijadualkan pada 12 Disember 2026. –EDISI UKAS