Datuk Amar Dr Sim Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Batu Kawah
PADAWAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.14 Batu Kawah, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pada Sabtu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Timbalan Premier Sarawak itu hadir bersama pencadangnya, Lim Ah Ted serta penyokong termasuk Stanley Repon dan Maxwell Lambor bagi mengemukakan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketibaan beliau turut diiringi sekumpulan penyokong yang berkumpul di sekitar pusat penamaan calon berkenaan.
Pada PRN Sarawak Ke-12, Datuk Amar Dr Sim berjaya memenangi kerusi DUN Batu Kawah dengan memperoleh 7,827 undi, sekali gus mencatatkan majoriti 5,393 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Bagi PRN Sarawak Ke-13, SPR menetapkan 12 Disember 2026 sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 8 Disember 2026.
PRN kali ini melibatkan 82 kerusi DUN dengan tempoh berkempen selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan rasmi calon yang bertanding pada hari ini. –EDISI UKAS