DUN Opar Saksikan Pertandingan Empat Penjuru Pada PRN Sarawak Ke-13
LUNDU: Empat calon disahkan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Opar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, sekali gus menyaksikan pertandingan empat penjuru.
Pengesahan itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Fauzi Wan Ismail selepas proses penamaan calon dan semakan dokumen pencalonan selesai dilaksanakan di Pusat Serbaguna Mahligai Gading, Lundu, pada Sabtu.
Calon yang disahkan bertanding ialah Billy Sujang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bayang Teron daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Jileng Kion daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Lim Nee Kon daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Proses penamaan calon berlangsung dalam suasana aman, teratur dan lancar dengan kehadiran penyokong parti masing-masing di sekitar pusat penamaan calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember 2026 sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak Ke-13.-EDISI UKAS