Dua Calon Bakal Rebut Kerusi DUN N.59 Tamin Pada PRN Sarawak Ke-13
SELANGAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.59 Tamin menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yalin Asan mengesahkan dua calon layak bertanding bagi kerusi berkenaan selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Serbaguna Selangau, pada Sabtu.
Calon GPS, Ir. Christopher Gira Sambang bakal berdepan Anthony Didy Antawamat daripada PBDS dalam perebutan kerusi DUN berkenaan.
Kedua-dua calon disahkan layak bertanding selepas proses semakan dokumen pencalonan selesai dilaksanakan oleh pihak pengurusan pilihan raya jam 10 pagi.
Proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan terkawal dan harmoni, dengan kira-kira 2,000 penyokong turut mengiringi calon GPS bagi menyemarakkan suasana hari penamaan calon.-EDISI UKAS