Kabong Medan Persaingan GPS-PBDS Pada PRN Sarawak Ke-13
KABONG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pertandingan itu melibatkan calon baharu GPS, Nor-E-Fadzwie dan Belitang Abeng mewakili PBDS, dengan susunan kedudukan dalam kertas undi masing-masing pada nombor satu dan dua selepas proses penamaan calon selesai di Pejabat Daerah Kabong, Sabtu.
Keputusan penamaan calon diumumkan pada jam 10.18 pagi, selepas tempoh penamaan calon berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Terdahulu, Belitang Abeng tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi bersama kira-kira 30 penyokong, manakala Nor-E-Fadzwie tiba sekitar jam 8.43 pagi diiringi kira-kira 1,200 penyokong.
Mantan ADUN Kabong, Dato Chee Kadir turut hadir bagi memberikan sokongan kepada calon GPS.
Sepanjang proses penamaan calon berlangsung, penyokong kedua-dua parti berada di kawasan yang ditetapkan dengan tertib dan berdisiplin, tanpa sebarang insiden perbalahan atau provokasi. -EDISI UKAS