NGEMAH: Tiga calon bakal bersaing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Ngemah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, sekali gus menyaksikan persaingan antara calon parti politik dan calon Bebas.
Mereka ialah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Alexander Donald, calon Bebas Anyi Jana dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Tedwin Beti.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Chong Nee Nee mengesahkan ketiga-tiga pencalonan itu selepas proses penamaan calon selesai di Kompleks Sukan Kanowit, pada Sabtu.
Alexander tiba di pusat penamaan calon pada 8.42 pagi dengan diiringi pencadang, Galana Samangang dan penyokong, Michael Ili.
Pertandingan tiga penjuru itu meletakkan ketiga-tiga calon dalam persaingan untuk mendapatkan mandat pengundi di kawasan Ngemah.-EDISI UKAS