Datuk Jefferson Jamit Kekal Di Bukit Goram, Menang Tanpa Bertanding
KAPIT: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Jefferson Jamit Unyat menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.63 Bukit Goram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, sekali gus mengekalkan kerusi berkenaan.
Pengesahan itu dibuat selepas beliau menjadi calon tunggal yang mengemukakan pencalonan bagi kerusi berkenaan dalam proses penamaan calon di Bilik Taklimat Utama, Aras 4, Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Beletek, Kapit, pada Sabtu.
Datuk Jefferson Jamit diiringi Watson Awan Jalai sebagai pencadang dan Martin Bilun sebagai penyokong.
Proses penamaan calon bagi DUN N.63 Bukit Goram berlangsung pada 28 November 2026.-EDISI UKAS