PRN-13: Datuk Liwan, Richard Sahkan Pertembungan Dua Penjuru Di Belaga
BELAGA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.65 Belaga bakal menyaksikan persaingan dua penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Liwan Lagang dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Richard Saging pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Kedua-dua calon disahkan layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Belaga, Bidah Lujah, selepas proses penamaan calon selesai di Pejabat Daerah Belaga, pada Sabtu.
Datuk Liwan dicadangkan oleh Henry Tey Ching Hock dan disokong oleh Ekot Ejui, manakala Richard pula dicadangkan oleh Uvat Sageng dengan Richard Mathew sebagai penyokong.
Pengesahan pencalonan itu menetapkan persaingan antara GPS dan PBDS bagi merebut mandat pengundi di kawasan DUN N.65 Belaga pada PRN kali ini. -EDISI UKAS