GPS-PBDS Bertembung Di DUN N.66 Murum Pada PRN Sarawak Ke-13
BAKUN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Murum menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Robert Loiman Deli mengesahkan dua calon layak bertanding bagi kerusi berkenaan selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Seri, SMK Bakun, pada Sabtu.
Calon GPS, Kennedy Chukpai Ugon bakal berdepan Gho Sten Wan Imang daripada PBDS dalam perebutan kerusi berkenaan.
Kennedy dicadangkan oleh Patrick Uban dan disokong oleh Rentap Ticho, manakala Gho Sten dicadangkan oleh Mona Motoi dan disokong oleh Rocky Saluk.
Kedua-dua calon hadir bersama pencadang dan penyokong masing-masing bagi melengkapkan proses penamaan calon yang berlangsung pada Sabtu.-EDISI UKAS