TATAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kakus menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 selepas dua calon disahkan bertanding pada proses penamaan calon hari ini.
Dua calon tersebut ialah Dato Sri John Sikie Tayai yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Dr. John Brian Anthony daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Pengesahan berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Calvin Ligong Bujang @ Endawie, selepas proses penamaan calon selesai di Pusat Penamaan Calon (PPC), Khemah Modular, Perkarangan Pejabat Daerah Tatau.
Proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan terkawal dan lancar, dengan cuaca mendung disusuli hujan renyai-renyai sepanjang proses berkenaan.
Dengan pengesahan dua calon tersebut, pertandingan bagi kerusi DUN N60 Kakus pada PRN Sarawak Ke-13 bakal menyaksikan persaingan antara GPS dan PBDS.-EDISI UKAS