DUN Bukit Kota Saksikan Persaingan Antara GPS & Bebas
LIMBANG: Seramai dua calon disahkan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.79 Bukit Kota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, menyaksikan pertandingan dua penjuru.
Pengesahan itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Sulaiman Engal selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Suarah Limbang pada Sabtu.
Calon yang disahkan bertanding ialah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ali Abdullah yang bertanding sebagai calon Bebas.
Proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan aman, teratur dan terkawal dengan pemantauan pihak keselamatan.
Tiada kertas penamaan calon ditolak sepanjang proses berkenaan, sekali gus mengesahkan penyertaan kedua-dua calon bagi merebut kerusi DUN Bukit Kota.
Terdahulu, kira-kira 2,000 penyokong GPS berarak mengiringi Datuk Dr Abdul Rahman dari Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.79 Bukit Kota menuju ke Dewan Suarah Limbang.
Dengan selesainya proses penamaan calon, tumpuan kini beralih kepada tempoh berkempen menjelang pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember 2026. -EDISI UKAS