MIRI: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N73 Piasau menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 selepas dua calon disahkan bertanding pada proses penamaan calon hari ini.
Dua calon berkenaan ialah Devora Chung Siew Yen daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan penyandang kerusi N73 Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Proses penamaan calon berlangsung di Dewan Serbaguna, Tingkat 5, Kompleks Islam Sarawak Miri, bermula jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi dalam keadaan lancar serta tenang.
Devora Chung tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.20 pagi, manakala Datuk Sebastian Ting tiba pada jam 8.59 pagi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Puan Norlila Binti Haji Ulis, kemudiannya mengumumkan pembukaan proses penamaan calon pada jam 9 pagi.
Dengan pengesahan kedua-dua calon itu, DUN N73 Piasau secara rasmi menyaksikan pertandingan dua penjuru antara GPS dan PBK pada PRN Sarawak Ke-13.-EDISI UKAS