Johnical Rayong Menang Tanpa Bertanding Di DUN N33 Engkilili
LUBOK ANTU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Johnical Rayong Ngipa disahkan menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N33 Engkilili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pengesahan itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ting Tiew Lik selepas proses penamaan calon dan semakan dokumen pencalonan selesai di Dewan Serbaguna Engkilili, pada Sabtu.
Johnical Rayong memasuki pusat penamaan calon pada 8.35 pagi dengan diiringi pencadang, Tarang Anak Naul @ Nowell dan penyokong, Dato Anak Busang.
Proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan aman dengan calon GPS itu turut diiringi Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Dato Gingkoi serta kira-kira 2,000 penyokong GPS yang hadir.
Keputusan berkenaan menyaksikan Johnical Rayong berjaya mempertahankan kerusi DUN N33 Engkilili tanpa perlu melalui proses pengundian pada PRN Sarawak Ke-13. -EDISI UKAS