Pertandingan Dua Penjuru Warnai PRN Ke-13 Di Belaga
BELAGA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.65 Belaga bakal menyaksikan persaingan dua penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Bidah Lujah mengesahkan kedua-dua calon layak bertanding selepas proses penamaan calon selesai di Pejabat Daerah Belaga, pada Sabtu.
GPS diwakili Datuk Liwan Lagang, manakala PBDS mempertaruhkan Richard Saging bagi merebut kerusi berkenaan.
Datuk Liwan dicadangkan oleh Henry Tey Ching Hock dan disokong oleh Ekot Ejui, manakala Richard dicadangkan oleh Uvat Sageng dan disokong oleh Richard Mathew.
Proses penamaan calon bagi DUN N.65 Belaga berlangsung pada Sabtu.-EDISI UKAS