BAKUN: Dua calon disahkan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Murum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Pengesahan itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Robert Loiman Deli selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Seri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun pada Sabtu.
Dua calon yang disahkan bertanding ialah Kennedy Chukpai Ugon daripada GPS dan Ghosten Wan Imang daripada PBDS.
Kennedy Chukpai dicadangkan oleh Patrick Uban dan disokong oleh Rentap Ticho, manakala Gho Sten dicadangkan oleh Mona Motoi dan disokong oleh Rocky Saluk.
Kedua-dua calon hadir bersama pencadang dan penyokong masing-masing bagi mengemukakan dokumen pencalonan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Dengan selesainya proses penamaan calon, tumpuan kini beralih kepada tempoh berkempen menjelang hari pengundian pada 12 Disember 2026. -EDISI UKAS