Dua calon Sah Bertanding di DUN N.81 Bakelalan Pada PRN SARAWAK ke-13
LAWAS: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.81 Bakelalan bakal menyaksikan persaingan satu lawan satu apabila dua calon disahkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pengesahan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zulkipli Sahari selepas proses penamaan calon selesai berlangsung di Stadium Tertutup Lawas, pada Sabtu.
Dua calon yang bakal merebut mandat pengundi ialah penyandang kerusi berkenaan, Baru Bian yang mewakili Parti Parti Demokratik Progresif (PDP) (Progressive Democratic Party) di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), manakala pencabarnya ialah Pita Asut@Peter Asut daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Pertembungan dua penjuru itu sekali gus menetapkan persaingan antara kedua-dua calon dalam usaha meraih kepercayaan dan sokongan pengundi di kawasan Bakelalan.
Suasana di pusat penamaan calon berlangsung dengan tenang dan terkawal.
Dengan pengesahan dua calon ini, perhatian kini tertumpu kepada persaingan sepanjang tempoh kempen bagi menentukan siapa yang bakal memperoleh mandat rakyat untuk mewakili DUN N.81 Bakelalan.-EDISI UKAS