PAKAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.47 Pakan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 apabila calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom berdepan dua calon Bebas, Bruce Yee dan Tedong Chakaw.
Ketiga-tiga calon itu disahkan bertanding bagi merebut kerusi DUN Pakan selepas proses penamaan calon selesai di Pejabat Daerah Pakan pada Sabtu.
Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Irwan Abdullah @ William Manggoi yang juga Pegawai Daerah Pakan.
Proses penamaan calon berlangsung lancar dan teratur dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebaik sahaja proses penamaan calon selesai pada 10.36 pagi, penyokong ketiga-tiga calon mula berhimpun di hadapan Pejabat Daerah Pakan.-EDISI UKAS