Datuk Abdullah Saidol Menang Tanpa Bertanding, Kekal Kerusi DUN Semop
BINTANGOR: Datuk Abdullah Saidol berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Semop selepas diisytiharkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu disahkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wee Teck Min selepas tempoh penamaan calon tamat pada jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong pada Sabtu.
Datuk Abdullah mengemukakan borang pencalonan dengan Khairulddin Qalam Daud sebagai pencadang, manakala Sudan Janguok bertindak sebagai penyokong.
Turut mengiringi beliau ke pusat penamaan calon ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis, Dato Ir Yusuf Abdul Wahab.
DUN Semop merupakan antara 29 kerusi yang dimenangi GPS tanpa bertanding pada hari penamaan calon PRN Sarawak Ke-13.
Susulan keputusan itu, pengundian bagi kerusi DUN Semop tidak akan diadakan pada 12 Disember 2026. –EDISI UKAS