Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Menang Tanpa Bertanding, Pertahan Kerusi DUN Pantai Damai
KUCHING: Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Pantai Damai apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu disahkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Zaidi Sarkawi selepas proses penamaan calon selesai tanpa sebarang pencalonan lain bagi kerusi berkenaan pada Sabtu.
Kemenangan tersebut menyaksikan Datuk Dr Abdul Rahman terus menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.
DUN Pantai Damai merupakan antara 29 kerusi yang dimenangi GPS tanpa bertanding pada hari penamaan calon PRN Sarawak Ke-13.
Susulan keputusan itu, pengundian bagi kerusi DUN Pantai Damai tidak akan diadakan pada 12 Disember 2026. –EDISI UKAS