DUN Krian Rebutan EmpatCalon Daripada GPS, PBDS dan BEBAS
SARATOK: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 Krian mencuri tumpuan apabila empat calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Bebas disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Empat calon yang bakal bersaing merebut kerusi berkenaan ialah Empati Ningkan dan Edmund Uda Maleng sebagai calon Bebas, manakala John Antau Linggang sebagai calon PBDS serta Dato Friday Belik daripada GPS.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, McCrea, mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada jam 10 pagi selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Sri Krian, pada Sabtu.
Dalam pada itu, suasana hari penamaan calon turut menarik perhatian apabila kira-kira 1,500 penyokong dan penduduk hadir memenuhi pekarangan Dewan Sri Krian seawal jam 8 pagi.
GPS mencatatkan kehadiran penyokong paling ramai dengan kira-kira 1,200 orang, manakala John Antau diiringi sekitar 50 penyokong.
Dua calon Bebas, Edmund Uda dan Empati Ningkan pula masing-masing hadir bersama kira-kira 20 dan 13 penyokong.
Kibaran bendera serta laungan semangat daripada kumpulan penyokong mewarnai suasana di sekitar pusat penamaan calon, namun keseluruhan proses berlangsung dalam keadaan terkawal dengan pemantauan pihak keselamatan.
Urusan penamaan calon di Dewan Sri Krian selesai sekitar jam 11.30 pagi tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.-EDISI UKAS