BINTANGOR: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Meradong menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 apabila dua calon disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon selesai pada Sabtu.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Shafrie Saili, mengesahkan perkara itu di Dewan Masyarakat Bintangor pada Sabtu selepas proses penamaan calon dan semakan dokumen pencalonan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Dua calon yang disahkan bertanding ialah penyandang kerusi DUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Roderick Wong Siew Lead dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Pengesahan tersebut sekali gus mengesahkan pertandingan dua penjuru bagi merebut kerusi DUN N.46 Meradong.-EDISI UKAS