264 Ejen PACA GPS Mambong Diberi Taklimat Persediaan PRN-13
PADAWAN: Seramai 264 Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi (PACA) Gabungan Parti Sarawak (GPS) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong mengikuti taklimat bagi memperkukuh kefahaman mengenai tugas dan tanggungjawab menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN-13).
Peserta terdiri daripada wakil 51 ranting serta parti komponen GPS, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil berkata, taklimat berkenaan merupakan sebahagian daripada persediaan jentera pilihan raya bagi menghadapi proses pengundian pada 12 Disember 2026.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan penangguhan Taklimat PACA GPS DUN Mambong, di sini pada Ahad.
Taklimat berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Eksekutif Ibu Pejabat PBB, Datu Takun Sunggah serta Ahli Majlis Tertinggi PBB, Sulhie Saleh.
Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan PBB Mambong, Stephen Jatu serta ketua-ketua cawangan dan wakil parti komponen GPS DUN Mambong. -EDISI UKAS