![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
LUNDU: Sebanyak RM200,000 diluluskan untuk pembinaan tempat letak kereta di Pantai Pandan Lundu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan telah mengumumkan kelulusan peruntukan tersebut pada Program Gotong-Royong Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini pada Sabtu.
Azizul berharap agar program itu dapat diteruskan pada masa akan datang di tempat lain di samping rancangan untuk mengadakan pertandingan badminton bersama keluarga bekas tentera di Lundu.
Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Daerah Lundu (LAKIL) Datuk Amar Jamilah Anu turut hadir menyertai program tersebut.
Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk Kampung Pandan dan sekitar untuk hadir ke Karnival LAKIL yang memasuki hari kedua bermula 13 sehingga 16 September di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem. -EDISI UKAS