![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
LUNDU: Sebanyak 51 rumah SPEKTRA Permata (RSP) dibiayai sepenuh oleh Kerajaan Sarawak telah dibina di konstituensi Tanjong Datu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, inisiatif ini merupakan cetusan idea Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam menyediakan kediaman kepada golongan berpendapatan rendah (B40).
“Inisiatif ini diumumkan oleh Premier Sarawak pada 15 Februari 2017 dengan 26 unit rumah di Sematan dan 25 unit pula di Lundu.
“Ia dilaksanakan di tanah milik Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) melalui Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Taklimat Program Pembangunan RSP anjuran Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) di sini baru-baru ini.
Menurutnya, penduduk yang layak memohon ialah pemegang lot yang diperuntukkan lot oleh Jabatan Tanah dan Survei yang berumur 18 hingga 65 tahun.
“Untuk pemohon yang berusia 50 tahun ke atas, pinjaman bersama generasi kedua diperlukan samada berkahwin, ibu tunggal atau bapa tunggal yang berpendapatan antara RM1,500 hingga RM 6,000,” katanya.
Dalam majlis sama, Azizul menyampaikan sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada tujuh penerima dengan peruntukan berjumlah RM 17,000.
Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada lima masjid berjumlah RM 15,000 dan tujuh surau yang berjumlah RM10,500 bersama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL).
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mostapha. -EDISI UKAS