TERENGGANU: Perak dipilih sebagai tuan rumah Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) bagi edisi ke-10 pada tahun 2026.
Simbolik penyerahan bendera kejohanan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja semasa Majlis Perasmian Penutup Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) 2024 di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Tengku Seri Bijaya Raja dalam ucapan perasmian berkata, SUKSEM mampu menjadi wadah penyatuan antara warga kerja kerajaan.
"Saya percaya matlamat utama penganjuran SUKSEM ini adalah untuk mewujudkan satu platform pertemuan dan jalinan persahabatan antara semua kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seluruh Malaysia dapat dicapai.
"Ini juga peluang untuk pegawai dan kakitangan dapat berkomunikasi dan bertukar-tukar ilmu dalam memperkasakan lagi pentadbiran masing-masing," ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu, Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik.
Kontinjen tuan rumah, Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKSEM 2024.
Kontijen Sabah dan Perak masing-masing naib johan dan tempat ketiga.
Manakala kontinjen Sarawak mendapat tempat keempat pada temasya kali ini. -EDISI UKAS