HDC Gesa Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu Berkenaan Projek Perumahan Kampung Segedup
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan projek perumahan di kawasan Kampung Segedup hingga Kampung Sungai Maong seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.
Dakwaan projek perumahan rakyat akan dibangunkan di kawasan tersebut di bawah tanggungjawab HDC adalah tidak betul.
Menurut pihak HDC, projek sebenar yang sedang dijalankan di kawasan tersebut ialah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan dikendalikan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).
Sehubungan itu, pihak HDC menyeru orang ramai untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya demi Kesejahteraan dan keharmonian komuniti.
Orang awam juga diingatkan agar merujuk sumber rasmi jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan berkenaan projek-projek perumahan di kawasan sekitar mereka.
Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini mengenai projek yang diselia oleh pihak HDC, orang ramai boleh menghubungi HDC di talian 082-444381 atau melayari laman web rasmi di www.hdc.sarawak.gov.my dan mengikuti laman Facebook Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi HDC. - EDISI UKAS