![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
SIMUNJAN: Seramai 849 peserta telah mengikuti kursus latihan litar (KPP02) lesen memandu kelas B2 bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan lesen memandu motosikal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, kursus tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jabatan (JPJ) untuk menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam menyokong usaha meningkatkan kemahiran memandu dan keselamatan jalan raya di kalangan masyarakat setempat.
“Ini adalah khususnya bagi golongan belia dan berpendapatan rendah yang memerlukan lesen motosikal untuk tujuan pekerjaan atau mobiliti.
“Kursus ini adalah salah satu modul dalam proses mendapatkan lesen memandu di Malaysia, khususnya bagi kelas motosikal B2.
"Kursus ini melibatkan latihan praktikal di litar yang memberi pengetahuan asas serta kemahiran dalam mengendalikan motosikal dengan selamat,” ujarnya semasa ditemui media pada lawatan tinjauan kursus di Dewan Mesra Simunjan pada Ahad.
Beliau menekankan aspek keselamatan jalan raya seperti memakai topi keledar, mematuhi peraturan jalan raya serta memahami isyarat jalan raya.
Difahamkan, para peserta perlu menghadiri kursus berkenaan dan lulus sesi penilaian sebagai persediaan sebelum ujian praktikal sebenar dengan JPJ yang akan diadakan 7 Disember 2024 kelak. -EDISI UKAS